BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 6, 2009

w.a.n.i.t.a

hidup berkasut tumit tinggi
tak cukup memastikan
aku menjadi perempuan yang sempurna
bergincu merah
berkening halus
sedikit warna dibibir
tak memastikan aku menjadi perempuan yang sejati
kadang kala aku keliru
dengan apa yang ku mahu
dan apa yang ku perlu
aku perempuan
perempuan yang aku kenali
yang tak pernah puas dengan apa yang aku miliki
sentiasa mengejar cinta
dan diburu cita-citaa
ku sering disakiti
adakah kerana aku sering menyakiti
aku jarang ketawa
adakah kerana aku tidak berjenaka
oh well,biarlah
walau apa pun yang terjadi
sering diperdaya cinta
aku pasti setiap perempuan
ada cita-cita
hidup tanpa cinta lebih baik dari hidup tanpa cita-cita
yang pasti kini
aku miliki segala-galanya

0 comments:

b.e.r.s.y.u.k.u.r


Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang menipu kamu kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuan kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikari kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebatkan ability kamu. Dan bersyukurlah kepada Allah kerana menjadikan orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu...

m.e

"kerana ANA tak sehebat Khadijah yang begitu sempurna...kerana ANA tak setabah Rabiatul Adawiyah yang begitu setia dalam sengsara...kerana ANA jua tak sekuat dan seteguh Sarah,apalah lagi secantik Balqis...malah kasihku jua tak setulus Zulaikha...lalu bantulah aku Ya Allah mencari jalan pulang ke sisiMU"
Bismillahirrahmanirrahim....Alhamdulillah hirobbil alamin was sola tu was sala muala ashrafil anbiya iwal mursalin waala alihi wassohbihi ajmain...Ya Allah ya tuhan ku..daku hambaMu memohon kepadaMu akan kemurahan rezeki dan dinding iman yang teguh untuk daku cekal menghadapi takdirMu...Ya Allah..perindahkanlah pegangan agama yang daku anuti ini..Ya Allah..perbaikilah sifat daku supaya daku dapat tunaikan amanah dan bakti yang baik.Ya Allah...peliharakanlah dan sejahterakanlah agama suci yang daku cintai ini.Ya Allah...Jauhkan kekejian daripada pandangan dan pendengaran daku.Ya Allah...limpahkanlah rahmatMu dan kebaikanMu kepada kedua orang tuaku, saudara maraku, guru-guruku dan kaum muslimin muslimat di muka bumi ini.Ya Allah...tempatkanlah orang-orang yang muslim di tempat yang terbaik sekali...Ya Allah....kurniakanlah kepada ku akan rakan-rakan yang terbaik yang sentiasa mendekatiMu dan juga orang-orang yang soleh.........Amin....Amin....yaRobbal Alamin.......
Ya Allah..sesungguhnya saya memohon cintaMu dan cinta orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan saya kepada cintaMu.Ya Allah apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang saya cintai maka jadikanlah ia kekuatan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang saya cintai maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.Ya Allah jadikanlah cintaMu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.Ya Allah jadikan saya mencintaiMu, mencintai malaikatMu, rasulMu dan hambaMu yang soleh. Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cintaMu dan jadikanlah saya bagiMu seperti apa yang Engkau cintai.Ya Allah jadikanlah saya mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredaanMu
salam Pictures, Images and Photos

l.o.v.e

w.e.l.c.o.m.e

welcome Pictures, Images and Photos