BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 24, 2009

::seksa meninggalkan solat::


Semasa di Dunia Para sahabat bertanyakan, apakah seksa yang didapatinya (orang meninggalkan solat) semasa di dunia, jawab Nabi SAW:
  • Hilang berkat umurnya (hidupnya cuma dengan kekosongan, walaupun kelihatan hidupnya mewah, kemewahanya itu hanya istidraj belaka).
  • Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang kepada sia2 belaka, walaupun ia kaya raya tetapi kekayaannya itu menjadi laknat baginya)
  • Dihilangkan ALLAH tanda orang soleh pada mukanya.
  • Tidak diakui ia masuk golongan Islam (ia termasuk kepada golongan MUNAFIQ, zahirnya sahaja Islam, batinnya MUNAFIQ)
  • Segala amal baik yang dikerjakannya (sedekahnya dan lain-lain) tidak memperolehi pahala.
  • Doanya tertolakMenurut yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a, katanya telah mendengar Rasulullah saw bersabda===>Bermula orang meninggalkan sembahyang itu ia dari golongan Islam, Allah tidak menerima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya

Semasa Hampir Ajal Kemudian bertanya lagi para sahabat,Ya Rasulullah, apa pula seksa yang akan diterimanya sewaktu hampir ajalnya?Jawab RASULULLAH SAW:

  • Adalah matinya dalam kehinaan (yakni pencabutan ruhnya dengan tidak ada belas kasihan)
  • Matinya dalam kelaparan (maksud kelaparan di sini bukan kerana tiada makanan yang sedia, tidak hanya makanan cukup, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat memakan sesuatupun kerana hebat sakitnya sewaktu ruhnya akan keluar)
  • Matinya juga dalam dahaga, dan kalaupun sekiranya diminumkan air yang ada didunia ke mulutnya sekalipun, tidak bisa menghilangkan kedahagaannya kerana sakit penanggungannya di waktu sakratulmaut itu. Ada riwayat yang menjelaskan bahawa kepada orang yang meninggalkan sembahyangnya akan Allah suruh seekor ular besar===>SUJA’UL AKRA<===namanya. Mata ular itu dari api, sedang ular itu bertangan dan berkuku daripada besi, lain dari yang lain. Suja’ul Akra ni membawa alat pemukul dari besi yang berat.Ia akan berkata kepada mayat itu dengan suaranya yang bagaikan halilintar, katanya Aku disuruh Tuhanku untuk memukul engkau sebab engkau meninggalkan fadhu Subuh sehingga waktu Zuhur,kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke Isya’ dan dari waktu Isya’ hingga sampai ke Subuh” lalu “Suja’ul Akra” itu memukul si mati, setiap kali dipukul lenyap terbenam ke bumi sedalam beberapa ratus hasta. Kemudian dikeluarkannya dengan kuku besinya itu,lalu bertanya seperti permulaan dan dipukul lagi dengan hebat dan dahsyatnya sekali. Demikianlah terus menerus hari demi hari sehingga ke Kiamat kelak (Naudzu billahi min dzalik).

Semasa Bertemu Tuhannya Adapun seksa ketika bertemu dengan Tuhannya di Hari Kiamat kelak:

  • maka datanglah seorang malaikat yang menyeksanya yang padanya rantai panjang. Rantai itu diikatkan ke leher orang yang meninggalkan sembahyang itu seraya dimasukkan ke mulutnya dan keluar langsung dari duburnya
  • Dengan demikian ia ditarik-tarik dan disentap-sentapkan, hal keadaannya tunggang-langgang dan malaikat yang menghelanya itu berteriak-teriak katanya: Inilah balasan bagi orang yang meninggalkan sembahyang yang difardhukan.
  • Kemudian langsunglah orang itu ditarik serta dihumbankan ke Neraka Jahanam yang bernama==>Saqar<==.
  • keluar dari seksanya kelak, tidaklah Allah mengampuni ke atasnya dan bagi mereka yang meninggalkan sembahyang itu, seksa dan azab yang hebat dan pedih. Ketiga, nanti sewaktu di Hari Kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat serta belas kasihan kepadanya.


Saturday, May 23, 2009

s.p.r.i.n.g

lin, ekin, ina & ila
ktorg kt spring ni...
abis je bt poster...singgah d spring..
ape lgi kl bkn mkn ice-cream..he3
ice-cream sugr bun..
tgi ice-creamnye..
ade perisa vanila & coklat..
rdunye nk mkn ice cream ng korg...

s.a.h.a.b.a.t



Ukhwah itu bukan
pada indahnya pertemuan
tapi pada ingatan seseorang
terhadap saudaranya di dalam doanya
Ku harap mekar di hati
Agar persahabatan suci ini
Kan terus mantap
Menjadi syafaat
Terukir indah di pintu Jannah
selemah-lemah manusia ialah
org yg tidak boleh mencari sahabat
dan orang yg lebih lemah dari itu
ialah orang yg mensia-siakan
sahabat yang telah dicari
Bersahabat dengan orang jahat itu
ibarat berperahu di laut
Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam
tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan
Sahabat sejati menjadi pendorang impian
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan ALLAH
Sahabat umpama pohon yang berbuah
Kadangkala memberi nikmat
kadangkala memberi peringatan
Persahabatan itu seperti tangan dengan mata
Saat tangan terluka mata menangis
Saat mata menangis tangan menghapusnya
Sahabat terbaik adalah
dia yang dapat duduk berayun diberanda bersamammu
tanpa mengucapkan sepatah katapun
dan kemudian meninggalkannya
dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya

::seindah mawar berduri::

Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri
Jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah
tetapi sayang tidak berduri
Apabila tiada duri
tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga
daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang
Lantas tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya
Duri mawar itulah ditasybihkan dengan perbatasan aurat
akhlak dan al-haya'
Dengan pagaran duri itu
kilauan warnanya semakin memancar indah
dan harum aromanya menyelinap
di segenap naluri yang mengundang kekaguman
di hati sang kumbang hinggakan
sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya
seharum kasturi..seindah kasih Illahi...
::ALLAH IS THE LOVE ONE::

::ayat2 ketenangan jiwa::


ayat2 ketenangan jiwa yg berpandukan ayat2 Al Quran, baca pada bila2 masa, yg mudah di buat amalan bagi menangkis godaan iblis. ayat2 kebesaran Allah, semakin di baca insyaAllah.....mudah2an semua urusan di permudahkan Allah.

Allahu Akbar 3x

A’udzubillahiminasy Syaithonirojim

Bismillahirrahmanirrahim

Asyhadu Alla Ilahaa Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadarrasuulullah

Allahumma Shalli ’Ala Syayyidina Muhammad Wa’Alla Ali Syayyidina Muhammad

Demi Allah Rasulullah Wallahi Allahu Akbar 3x

Lillaahi Ta’AlaLa Haula Walaa Quwwata Illa Billahil Aliyil Adzhim

sambil zikir dalam hati Allah Hu......zikir nafas

::basahkan la lidah mu dgn kalimah Allah::

::cinta sebelum & selepas kawin::


...CiNta seblum kahwin adlh dilarang...slpas kahwin baru boleh...~>>
Sabda Rasulullah s.a.w:
Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman: Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.
((Riwayat al-Bukhari))..kewujudan cinta sblm membuat keputusan untuk mengahwini seseorang itu penting dan dituntut oleh syarak.. Rasulullah s.a.w menyarankan agar sape2 yang ingin berkahwin melihat wanita yang ingin dikahwini terlebih dahulu. ..pernah berlaku kepada seorang sahabat Nabi, iaitu al-Mughirah bin Syu'bah.... Beliau memberitahu baginda bahawa beliau ingin mengahwini seorang wanita. Lalu baginda menyarankan agar beliau melihat dahulu wanita itu kerana ia boleh mendatangkan perasaan cinta kepada pasangan yang ingin dikahwini. ((Rujuk al-Tirmizi: 1087. Diklasifikasikan sebagai hasan oleh al-Nasai))~>>
Sabda Rasulullah s.a.w: Tidak kami dapati pada dua orang yang sedang bercinta itu (lebih baik daripada) nikah. ((Riwayat Ibn Majah dan diklasifikasikan sebagai sahih oleh al-Busoiri dan al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah: 624))==>>
Al-Sindi r.h berkata: Hadis itu boleh merujuk kepada dua orang atau lebih. Maksudnya, jika timbul perasaan cinta antara dua manusia yang berlainan jenis, cinta itu tidak akan bertambah atau bertahan lama tanpa ikatan perkahwinan. Jika terjadi perkahwinan atas dasar cinta itu, ia akan bertambah kuat dari hari ke hari. ((Rujuk: Nota kaki Sunan Ibn Majah))

Friday, May 22, 2009

s.o.n.y.v.a.i.o



i luv pink...
kl leh laptop pun nk wrna pink...
pink kan wrna kgmran Rasulullah
he3..tgu ade rezeki lbh nti...
sya nk bli laptop ni..
Insya Allah

::cinta kerana Allah::

I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now. Not a single phrase, nor a word. My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah s.a.w has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.

Thursday, May 21, 2009

d.r.e.s.s

baju sme kan?
he3..2 2 bju saya...
i like dress so much:-)
ekin & sofia...
ktorg ni suka bgye...
hehhe...walaupun xcntik sgt...
cntik la jugk...huhu
tdg pun sme...
he3...bli kt india street..
hrga dia..RM10..
murh je....bli...jgn xbli:-)
korg pkai psti cntik & manis


::saat saat terindah::

my geng at UNIMAS..
hehhe...kl tgk pic2 ni balik...
rse nk ketwa...
rdu plak rsenye...

terlalu bnyk sgt kenangn terindh..
ade gembira..ade sedih...
sush sme2 sush...sng sme2 sng...
but..hakiktnye..
setiap pertemuan 2 psti ade perpshnnye
ktorg ni giler mkn tau...
suka sgt g THE SPRING..
nk tau mkn pe...
hhehe...DONAT BIG APPLE & ICE CREAM SUGAR BUN
buknye shoping pun...mkn je lbh..
kl nk shoping pun xmampu la...
mhl sgt...semua nye ade brand...
lgi 1 ktorg ni suka berjln...
jgn terkejut tau..ktorg dh sampai ke saratok...
jh gak perjlnan...4 hour utk sampai ke sna...
ade kndri kwin...
lnguh gak la kaki ni drive...
ape2 pun 1 pnglmn yg menyeronokkan...
rdunye saat kt bsama...
bla kt akn bertmu kembli?????

m.e.m.o.r.y

ekin & lin
he3..ni ktorg dpt sijil
POSTER FINAL YEAR PROJECT
the title is
::customer perception on service brand on medical service::
bkn sng nk bt research ni..
erm...perlukan ksbrn..
jumpa supervisor...asyik kna edit je..
tension gak...nk bt cmne kan...
wajib bt kl nk grade..
huhu..dh mcm ambil master plak...
pdhl degree je..
at the end...siap jugk akhrnye....
alhamdulillah...
thnks a lot en.sharizal hashim:-)
jasamu akn ku keng...
hope get a good result
this pic take at merdeka palace

w.e.d.d.i.n.g.d.r.e.s.s

wedding dress...
he3..ade x cam princess barby??
ape2 pun..mntup aurt..
psti akn kelihtn berseri2
enth bla plak giliran sya kan...
erm.....smga Allah perceptkan jodohku..amin
utk kwn2...yg dh nk kwin 2...
sya doakan semga bgie hga ke akhr hyt..
i'Allah..

v.i.d.e.o



video yg comel & cute..
best tau...
dgr ye...
psti anda tersenyum:-)

m.o.d.e.l.m.u.s.l.i.m.a.h





cntik kan??
yg pntg menutup aurat....
up to date...
leh dipakai dmna2 anda berada:-)
manis & bgye
tryla...anda akan klhtn menarik & berstyle


Tuesday, May 19, 2009

s.y.u.r.g.a.c.i.n.t.a



Gadis berumur awal 20-an
Seorang guru agama bersifat penyabar
mudah memaafkan serta memberi orang peluang
Dibesarkan dengan penuh
didikan agama
oleh datuk dan arwah neneknya
Watak gadis bertudung yang bukan sahaja ayu
tetapi terserlah dengan sifat muslimah sejati
Hobinya suka membaca dan
menambahkan pengetahuannya tentang agama

p.o.s.t.e.r





Filem pertama yang menggandingkan
bintang Akademi Fantasia
Heliza dengan pengacara OIAM Awal Ashaari.
Filem arahan Ahmad Idham ini akan ditayangkan
di seluruh pawagam mulai 21 Mei 2009.
jum ramai2 serbu pawagam..
cte yg menarik n lebh kpda ketimuran

Thursday, May 14, 2009

a.l.f.a.t.i.h.a.h

All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:

  • Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
  • Read it with full "khusyuk"
  • Tawakal to Allah
  • Use it with GOOD "niat" /intentions.
Untuk yg berhajat::percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebagainye::
  • Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib.
  • duduk menghadap kiblat * lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita
  • Bacalah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.
  • Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar" dilaungkan, teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.
  • Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut. Mintalah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah.
Wallahualam

e.n.g.a.g.e







my fren....sme study kt KUSZA 3thun lps..
nor hidayah asmawi....
rmai admire dlu tau.....
dh bertung pun....dh jumpa putra impian di selangor...
majlis tung bru..meriah kan..
he3..dh mcm mjlis kwin..
dh alg2..bt gempak2 la:-)
memg cun la dyh...
sesuai sgt ng wrn pink..
he3..ekin bla plak??? blum sampai seru lgi...
doakn ekin ek dayah.....:-)
ekin doakn dyah bgie hga ke akhr hyt...
luv u dyh...
hope our relationship never end....
amin....



Tuesday, May 12, 2009

p.l.z.z.z.


Semaikan cinta kita begini

Tolong sampaikan pada si dia
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia..
cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia..
cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia..
jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia..
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia..
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia..
dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia...
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia..
Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia..
Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia..
bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia..
bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia..
andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia..
Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia..
Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia..
tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia..
usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia..
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia...
bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong sampaikan pada si dia..
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia..
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia..
hubungan ini terjaga selagi
dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia
kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya
walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah
yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan santunnya
dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
simpanlah pesanan ku ini sehingga
engkau bertemu diriku suatu hari nanti

p.u.t.r.a.r.a.j.a


Yang dicari walau bukan putera raja
biarlah putera agama
Yang diimpi
biarlah tak punya rupa
asal sedap dipandang mata
yang dinilai
bukan sempurna sifat jasmani
asalkan sihat ruhani
sempurna hati
Yang diharap
bukan jihad pada semangat
asal perjuangannya ada matlamat
Yang datang
tak perlu rijal yang gemilang
kerana ana serikandi dengan silam yang kelam
Yang dinanti
bukan lamaran dengan permata
cukuplah akad dan janji setia
Dan yang akan terjadi
andai tak sama kehendak hati
ana redha ketetapan Ilahi

w.a.n.i.t.a.s.o.l.e.h.a


WANITA SOLEHAH….
SENTIASA TENANG JIWANYA
LANTARAN ITU SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN DI DALAM SOLAT
DAN SUNNAH RASULULLAH JADI JALAN KEHIDUPANNYA
MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN
JANJI-JANJI ALLAH JAMINAN KETENANGAN BUATNYA
SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN
AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH
BERTEGUH MENJUNJUNG HUKUM HAKAM ALLAH
INILAH WANITA SOLEHAH
TIDAK MEMBIARKAN DIRI
MENJADI BUSAR PANAHAN SYAITAN
DIPERALATKAN UNTUK MENGUMPAN KAUM ADAM
MEMANDANGNYA....
MENYEJUKKAN MATA.....
DIRINYA TENTERAM
MEMBIARKAN HIBURAN
KIRANYA IA SEORANG ISTERI
KEPERIBADIAN MENGHIBUR SUAMI
SENTIASA MENGUNTUM SENYUM DI HADAPAN SUAMI
SANGGUP HIDUP BERDUA MATI BERSAMA
LANTARAN MENGHARAPKAN KEREDHAAN ALLAH SEMATA-MATA
MEMADAI DENGAN APA YANG ADA
TIDAK PERNAH MENUNTUT APA YANG TIADA
MENJADI TULANG BELAKANG PERJUANGAN SUAMI
HINGGA SUAMI MERASAKAN RUMAH ITU SYURGA
MENJADI KEKUATAN JIWA
UNTUK MENEGAKKAN JIHADNYA
NATIJAHNYA,LAHIRLAH JIWA SAKINAH
BERNAFSUKAN MUTMAI’NAH.
::SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH::

b.e.r.s.y.u.k.u.r


Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang menipu kamu kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuan kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikari kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebatkan ability kamu. Dan bersyukurlah kepada Allah kerana menjadikan orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu...

m.e

"kerana ANA tak sehebat Khadijah yang begitu sempurna...kerana ANA tak setabah Rabiatul Adawiyah yang begitu setia dalam sengsara...kerana ANA jua tak sekuat dan seteguh Sarah,apalah lagi secantik Balqis...malah kasihku jua tak setulus Zulaikha...lalu bantulah aku Ya Allah mencari jalan pulang ke sisiMU"
Bismillahirrahmanirrahim....Alhamdulillah hirobbil alamin was sola tu was sala muala ashrafil anbiya iwal mursalin waala alihi wassohbihi ajmain...Ya Allah ya tuhan ku..daku hambaMu memohon kepadaMu akan kemurahan rezeki dan dinding iman yang teguh untuk daku cekal menghadapi takdirMu...Ya Allah..perindahkanlah pegangan agama yang daku anuti ini..Ya Allah..perbaikilah sifat daku supaya daku dapat tunaikan amanah dan bakti yang baik.Ya Allah...peliharakanlah dan sejahterakanlah agama suci yang daku cintai ini.Ya Allah...Jauhkan kekejian daripada pandangan dan pendengaran daku.Ya Allah...limpahkanlah rahmatMu dan kebaikanMu kepada kedua orang tuaku, saudara maraku, guru-guruku dan kaum muslimin muslimat di muka bumi ini.Ya Allah...tempatkanlah orang-orang yang muslim di tempat yang terbaik sekali...Ya Allah....kurniakanlah kepada ku akan rakan-rakan yang terbaik yang sentiasa mendekatiMu dan juga orang-orang yang soleh.........Amin....Amin....yaRobbal Alamin.......
Ya Allah..sesungguhnya saya memohon cintaMu dan cinta orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan saya kepada cintaMu.Ya Allah apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang saya cintai maka jadikanlah ia kekuatan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang saya cintai maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.Ya Allah jadikanlah cintaMu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.Ya Allah jadikan saya mencintaiMu, mencintai malaikatMu, rasulMu dan hambaMu yang soleh. Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cintaMu dan jadikanlah saya bagiMu seperti apa yang Engkau cintai.Ya Allah jadikanlah saya mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredaanMu
salam Pictures, Images and Photos

l.o.v.e

w.e.l.c.o.m.e

welcome Pictures, Images and Photos