BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 24, 2009

::seksa meninggalkan solat::


Semasa di Dunia Para sahabat bertanyakan, apakah seksa yang didapatinya (orang meninggalkan solat) semasa di dunia, jawab Nabi SAW:
  • Hilang berkat umurnya (hidupnya cuma dengan kekosongan, walaupun kelihatan hidupnya mewah, kemewahanya itu hanya istidraj belaka).
  • Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang kepada sia2 belaka, walaupun ia kaya raya tetapi kekayaannya itu menjadi laknat baginya)
  • Dihilangkan ALLAH tanda orang soleh pada mukanya.
  • Tidak diakui ia masuk golongan Islam (ia termasuk kepada golongan MUNAFIQ, zahirnya sahaja Islam, batinnya MUNAFIQ)
  • Segala amal baik yang dikerjakannya (sedekahnya dan lain-lain) tidak memperolehi pahala.
  • Doanya tertolakMenurut yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a, katanya telah mendengar Rasulullah saw bersabda===>Bermula orang meninggalkan sembahyang itu ia dari golongan Islam, Allah tidak menerima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya

Semasa Hampir Ajal Kemudian bertanya lagi para sahabat,Ya Rasulullah, apa pula seksa yang akan diterimanya sewaktu hampir ajalnya?Jawab RASULULLAH SAW:

  • Adalah matinya dalam kehinaan (yakni pencabutan ruhnya dengan tidak ada belas kasihan)
  • Matinya dalam kelaparan (maksud kelaparan di sini bukan kerana tiada makanan yang sedia, tidak hanya makanan cukup, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat memakan sesuatupun kerana hebat sakitnya sewaktu ruhnya akan keluar)
  • Matinya juga dalam dahaga, dan kalaupun sekiranya diminumkan air yang ada didunia ke mulutnya sekalipun, tidak bisa menghilangkan kedahagaannya kerana sakit penanggungannya di waktu sakratulmaut itu. Ada riwayat yang menjelaskan bahawa kepada orang yang meninggalkan sembahyangnya akan Allah suruh seekor ular besar===>SUJA’UL AKRA<===namanya. Mata ular itu dari api, sedang ular itu bertangan dan berkuku daripada besi, lain dari yang lain. Suja’ul Akra ni membawa alat pemukul dari besi yang berat.Ia akan berkata kepada mayat itu dengan suaranya yang bagaikan halilintar, katanya Aku disuruh Tuhanku untuk memukul engkau sebab engkau meninggalkan fadhu Subuh sehingga waktu Zuhur,kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke Isya’ dan dari waktu Isya’ hingga sampai ke Subuh” lalu “Suja’ul Akra” itu memukul si mati, setiap kali dipukul lenyap terbenam ke bumi sedalam beberapa ratus hasta. Kemudian dikeluarkannya dengan kuku besinya itu,lalu bertanya seperti permulaan dan dipukul lagi dengan hebat dan dahsyatnya sekali. Demikianlah terus menerus hari demi hari sehingga ke Kiamat kelak (Naudzu billahi min dzalik).

Semasa Bertemu Tuhannya Adapun seksa ketika bertemu dengan Tuhannya di Hari Kiamat kelak:

  • maka datanglah seorang malaikat yang menyeksanya yang padanya rantai panjang. Rantai itu diikatkan ke leher orang yang meninggalkan sembahyang itu seraya dimasukkan ke mulutnya dan keluar langsung dari duburnya
  • Dengan demikian ia ditarik-tarik dan disentap-sentapkan, hal keadaannya tunggang-langgang dan malaikat yang menghelanya itu berteriak-teriak katanya: Inilah balasan bagi orang yang meninggalkan sembahyang yang difardhukan.
  • Kemudian langsunglah orang itu ditarik serta dihumbankan ke Neraka Jahanam yang bernama==>Saqar<==.
  • keluar dari seksanya kelak, tidaklah Allah mengampuni ke atasnya dan bagi mereka yang meninggalkan sembahyang itu, seksa dan azab yang hebat dan pedih. Ketiga, nanti sewaktu di Hari Kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat serta belas kasihan kepadanya.


0 comments:

b.e.r.s.y.u.k.u.r


Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang menipu kamu kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuan kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikari kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebatkan ability kamu. Dan bersyukurlah kepada Allah kerana menjadikan orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu...

m.e

"kerana ANA tak sehebat Khadijah yang begitu sempurna...kerana ANA tak setabah Rabiatul Adawiyah yang begitu setia dalam sengsara...kerana ANA jua tak sekuat dan seteguh Sarah,apalah lagi secantik Balqis...malah kasihku jua tak setulus Zulaikha...lalu bantulah aku Ya Allah mencari jalan pulang ke sisiMU"
Bismillahirrahmanirrahim....Alhamdulillah hirobbil alamin was sola tu was sala muala ashrafil anbiya iwal mursalin waala alihi wassohbihi ajmain...Ya Allah ya tuhan ku..daku hambaMu memohon kepadaMu akan kemurahan rezeki dan dinding iman yang teguh untuk daku cekal menghadapi takdirMu...Ya Allah..perindahkanlah pegangan agama yang daku anuti ini..Ya Allah..perbaikilah sifat daku supaya daku dapat tunaikan amanah dan bakti yang baik.Ya Allah...peliharakanlah dan sejahterakanlah agama suci yang daku cintai ini.Ya Allah...Jauhkan kekejian daripada pandangan dan pendengaran daku.Ya Allah...limpahkanlah rahmatMu dan kebaikanMu kepada kedua orang tuaku, saudara maraku, guru-guruku dan kaum muslimin muslimat di muka bumi ini.Ya Allah...tempatkanlah orang-orang yang muslim di tempat yang terbaik sekali...Ya Allah....kurniakanlah kepada ku akan rakan-rakan yang terbaik yang sentiasa mendekatiMu dan juga orang-orang yang soleh.........Amin....Amin....yaRobbal Alamin.......
Ya Allah..sesungguhnya saya memohon cintaMu dan cinta orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan saya kepada cintaMu.Ya Allah apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang saya cintai maka jadikanlah ia kekuatan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang saya cintai maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.Ya Allah jadikanlah cintaMu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.Ya Allah jadikan saya mencintaiMu, mencintai malaikatMu, rasulMu dan hambaMu yang soleh. Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cintaMu dan jadikanlah saya bagiMu seperti apa yang Engkau cintai.Ya Allah jadikanlah saya mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredaanMu
salam Pictures, Images and Photos

l.o.v.e

w.e.l.c.o.m.e

welcome Pictures, Images and Photos