BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 17, 2009

:: ALLAH sengaja ::

  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK KHAS UNTUK DIRI KITA.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita.Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapanNYA kepada-NYA.

0 comments:

b.e.r.s.y.u.k.u.r


Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang menipu kamu kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuan kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikari kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebatkan ability kamu. Dan bersyukurlah kepada Allah kerana menjadikan orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu...

m.e

"kerana ANA tak sehebat Khadijah yang begitu sempurna...kerana ANA tak setabah Rabiatul Adawiyah yang begitu setia dalam sengsara...kerana ANA jua tak sekuat dan seteguh Sarah,apalah lagi secantik Balqis...malah kasihku jua tak setulus Zulaikha...lalu bantulah aku Ya Allah mencari jalan pulang ke sisiMU"
Bismillahirrahmanirrahim....Alhamdulillah hirobbil alamin was sola tu was sala muala ashrafil anbiya iwal mursalin waala alihi wassohbihi ajmain...Ya Allah ya tuhan ku..daku hambaMu memohon kepadaMu akan kemurahan rezeki dan dinding iman yang teguh untuk daku cekal menghadapi takdirMu...Ya Allah..perindahkanlah pegangan agama yang daku anuti ini..Ya Allah..perbaikilah sifat daku supaya daku dapat tunaikan amanah dan bakti yang baik.Ya Allah...peliharakanlah dan sejahterakanlah agama suci yang daku cintai ini.Ya Allah...Jauhkan kekejian daripada pandangan dan pendengaran daku.Ya Allah...limpahkanlah rahmatMu dan kebaikanMu kepada kedua orang tuaku, saudara maraku, guru-guruku dan kaum muslimin muslimat di muka bumi ini.Ya Allah...tempatkanlah orang-orang yang muslim di tempat yang terbaik sekali...Ya Allah....kurniakanlah kepada ku akan rakan-rakan yang terbaik yang sentiasa mendekatiMu dan juga orang-orang yang soleh.........Amin....Amin....yaRobbal Alamin.......
Ya Allah..sesungguhnya saya memohon cintaMu dan cinta orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan saya kepada cintaMu.Ya Allah apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang saya cintai maka jadikanlah ia kekuatan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang saya cintai maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.Ya Allah jadikanlah cintaMu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.Ya Allah jadikan saya mencintaiMu, mencintai malaikatMu, rasulMu dan hambaMu yang soleh. Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cintaMu dan jadikanlah saya bagiMu seperti apa yang Engkau cintai.Ya Allah jadikanlah saya mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredaanMu
salam Pictures, Images and Photos

l.o.v.e

w.e.l.c.o.m.e

welcome Pictures, Images and Photos