BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 17, 2009

k.a.s.i.h.s.a.y.a.n.g.A.L.L.A.H

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya "Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi." Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam." Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

0 comments:

b.e.r.s.y.u.k.u.r


Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang menipu kamu kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuan kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikari kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebatkan ability kamu. Dan bersyukurlah kepada Allah kerana menjadikan orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu...

m.e

"kerana ANA tak sehebat Khadijah yang begitu sempurna...kerana ANA tak setabah Rabiatul Adawiyah yang begitu setia dalam sengsara...kerana ANA jua tak sekuat dan seteguh Sarah,apalah lagi secantik Balqis...malah kasihku jua tak setulus Zulaikha...lalu bantulah aku Ya Allah mencari jalan pulang ke sisiMU"
Bismillahirrahmanirrahim....Alhamdulillah hirobbil alamin was sola tu was sala muala ashrafil anbiya iwal mursalin waala alihi wassohbihi ajmain...Ya Allah ya tuhan ku..daku hambaMu memohon kepadaMu akan kemurahan rezeki dan dinding iman yang teguh untuk daku cekal menghadapi takdirMu...Ya Allah..perindahkanlah pegangan agama yang daku anuti ini..Ya Allah..perbaikilah sifat daku supaya daku dapat tunaikan amanah dan bakti yang baik.Ya Allah...peliharakanlah dan sejahterakanlah agama suci yang daku cintai ini.Ya Allah...Jauhkan kekejian daripada pandangan dan pendengaran daku.Ya Allah...limpahkanlah rahmatMu dan kebaikanMu kepada kedua orang tuaku, saudara maraku, guru-guruku dan kaum muslimin muslimat di muka bumi ini.Ya Allah...tempatkanlah orang-orang yang muslim di tempat yang terbaik sekali...Ya Allah....kurniakanlah kepada ku akan rakan-rakan yang terbaik yang sentiasa mendekatiMu dan juga orang-orang yang soleh.........Amin....Amin....yaRobbal Alamin.......
Ya Allah..sesungguhnya saya memohon cintaMu dan cinta orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan saya kepada cintaMu.Ya Allah apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang saya cintai maka jadikanlah ia kekuatan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang saya cintai maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.Ya Allah jadikanlah cintaMu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.Ya Allah jadikan saya mencintaiMu, mencintai malaikatMu, rasulMu dan hambaMu yang soleh. Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cintaMu dan jadikanlah saya bagiMu seperti apa yang Engkau cintai.Ya Allah jadikanlah saya mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredaanMu
salam Pictures, Images and Photos

l.o.v.e

w.e.l.c.o.m.e

welcome Pictures, Images and Photos